28 Sep 2014

Majlis Perpisahan Dr. Ramlan

Tahniah kepada Cikgu Ramlan Abd Razak yang telah bertukar ke PPD Kuala Pilah. Dr Ramlan telah mengajar di TMS selama 16 tahun dan sering terlibat dengan aktivti bahasa dan permainan rugby.  Tugas yang selalu dipikul ialah menjadi juru acara dalam kebanyakan majlis yang dianjurkan di sekolah. Warga TMS mengucapkan jutaan TERIMA KASIH di atas jasa bakti yang telah ditaburkan di sekolah ini. Selamat menjalankan tugas di tempat baharu. Tahniah Cikgu!


sumber foto : Cikgu Firdaus

10 Sep 2014

Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan & Bulan BTV

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan  oleh PK1 TMS, En Adli Teo yang mewakili Tuan Pengetua. Acara yang diadakan ialah persembahan pelajar dan penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Adli Teo dan En Mazri Mansor.



3 Sep 2014

Taklimat PBPPP

Program : Taklimat PBPPP
Tempat  :  Bilik Gerakan SMK Tuanku Muhammad
Masa     :  2.40 - 4.30 petang
Penceramah : En Adli Teo, PK1 SMK Tuanku Muhammad

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan, tertakluk kepada garis panduan JPA.

Penilaian ini juga akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian kompetensi adalah seperti nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional pdp. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan pdp, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

Nota : Untuk pemahaman lanjut, sila muat turun bahan daripada ruangan muat turun (download)