21 Ogo 2014

PT3 Lisan/Oral berakhir hari ini.

Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Oral Bahasa Inggeris bagi calon PT3 2014 TMS, telah berakhir pada hari ini. Sepanjang minggu ini, para pelajar telah menjalani ujian  mendengar (listening). Mereka juga dikehendaki menjalani ujian bertutur berkenaan sesuatu topik secara berkumpulan untuk subjek Bahasa Melayu dan individu bagi subjek Bahasa Inggeris.


Aktiviti Bulan Kemerdekaan & Teknik Vokasional.

Program Bulan Kemerdekaan diteruskan pada hari ini, melibatkan beberapa aktiviti. Antaranya ialah pertandingan syarahan, hafazan, nyanyian koir lagu patriotik dan deklamasi sajak. Semua aktiiviti ini berlangsung di Dewan Tuanku Jaafar. Bidang Teknik & Vokasional pula menganjurkan pertandingan memasak.