23 Jul 2014

Majlis Penutup Bulan Sains & Matematik 2014

Majlis ini telah diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Acara yang berlangsung ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang telah mereka sertai. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua TMS,  Tuan Mustaffa Bin Mohamed.


16 Jul 2014

Pelancaran Bulan Sains & Matematik + Ceramah Ihya Ramadan + Bubur Lambuk

Tiga aktiviti berlangsung pagi ini. Pelancaran Bulan Sains & Matematik berlangsung di tapak perhimpunan, dirasmikan oleh Tuan Pengetua TMS. Selepas perhimpunan rasmi, berlangsung pula aktiviti Ceramah Ihya Ramadan di Dewan Tuanku Jaafar. Aktiviti ini dikelolakan oleh Panitia Agama Islam. Sementara itu aktiviti memasak bubur lambuk pula berlangsung di bengkel KH, Program ini dianjurkan oleh gabungan Panitia KH, Asrama, Persatuan Agama Islam dan Kelab Guru. Bubur lambuk yang siap dimasak ini kemudiannya diagihkan kepada semua anak-anak yatim yang menuntut di TMS.

Gimik Pelancaran Bulan Sains & Matematik
Pertandingan Roket
Ceramah Ihya Ramadan
Program Memasak Bubur Lambuk

12 Jul 2014

Majlis Iftar Perdana TMS - Anjuran Alumni TMS

Program Berbuka Puasa Tajaan Alumni TMS dengan kerja sama Warga TMS telah berlangsung pada 11 Julai 2014. Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Berbuka Puasa, Penyerahan Cenderamata kepada anak-anak yatim TMS, Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.