23 Apr 2014

Bengkel Penulisan Kreatif & Pemantapan Tatabahasa

Bengkel anjuran PPD Kuala Pilah dan DBP ini telah berlangsung pada 23 April 2014, bermula jam 2.30 petang.  Peserta-peserta bengkel terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru Bahasa Melayu sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Pilah. Bengkel penulisan kreatif untuk pelajar diadakan di Dewan Tuanku Jaafar sementara bengkel pemantapan tatabahasa untuk guru-guru Bahasa Melayu diadakan di Bilik Kuliah PraU.

Pn Nisah Haron - Pena NS- Penceramah Bengkel Penulisan 

Aktiviti Bulan Bahasa - Bahasa Melayu

Nama Program : Aktiviti Bulan Bahasa
Tempat : Dewan Tuanku Jaafar, SMK Tuanku Muhammad
Masa : 8.00 - 9.30 ( Masa Kokurikulum)
Aktiviti: Deklamasi sajak, Bersyair dan Bercerita
Peserta : Pelajar Tingkatan 1 hingga 5
Penganjur : Panitia Bahasa Melayu


15 Apr 2014

Kejohanan Badminton MSSD Kuala Pilah (Menengah) 2014

Kejohanan ini telah berjaya diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, bermula pada 14 hingga 15 April 2014. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En Aziz Jaafar yang mewakili PPD Kuala Pilah. SMK Tuanku Muhammad selaku penganjur kejohanan ini mengucapkan jutaan terima kasih  kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Nota : SMK Tuanku Muhammad telah berjaya menjadi Johan Beregu L15, Naib Johan Beregu L15, Naib Johan Perseorangan L18, Naib Johan Perseorangan P18, Ketiga Beregu P18, Ketiga Perseorangan L15. Tahniah!

Ucapan Alu-aluan Pn Rohana, PK Kokurikulum yang mewakili Pengetua
Ucapan En Aziz Jaafar yang mewakili PPD Kuala  Pilah
Pemain SMK Tuanku Muhammad bersama PK Koku, Pengurus dan Jurulatih