23 Feb 2014

Kursus Kepemimpinan Pelajar - Hari Kedua

Pada hari kedua kursus, Kuasa Minda Consultancy & Training telah diamanahkan untuk membimbing para pemimpin pelajar ini. Mereka  telah menjalankan pelbagai siri bimbingan, ceramah, riadah, dan aktiviti kerohanian. Pada malam penutup, para pelajar membentangkan hasil tugasan kumpulan masing-masing. Ternyata telah berlaku perubahan sikap di mana para pelajar yang sebelum ini pemalu, dan pesimis telah berani berucap di khalayak umum, bersikap optimis dan  sopan tatkala berhujah.



22 Feb 2014

Kursus Kepemimpinan Pelajar

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di peringkat sekolah dan berupaya mengembangkan bakat mereka di peringkat lebih tinggi. Antara pendedahan yang diberi ialah kaedah dan tata cara pengurusan, ciri dan nilai-nilai asas pemimpin serta penjelasan tentang tanggungjawab pelajar sebagai warganegara berdasarkan Rukun Negara, Perlembagaan Negara dan Wawasan 2020.
      Seramai 127 pemimpin pelajar  (Pengawas, Pemimpin Persatuan, Permainan, dan Unit Beruniform)  telah hadir dalam kursus yang berlangsung pada 21 hingga 23 Februari 2014. Lokasi kursus bertempat di dewan asrama sekolah. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tuanku Muhammad, Tuan Mustaffa B Mohamed.

Ucapan Aluan oleh Pn Rohana Ahmad GPK Ko-Kurikulum
Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua, Tuan Mustaffa Mohamed
Bacaan Doa
Persembahan Khas Najwa...
Antara penggerak di balik tabir  program ini
Bersantai sebelum menyambung tugas...
Taklimat Perjalanan Kursus oleh En Mazri Mansor GPK HEM

Program Doktor Jawi

Program ini telah diadakan pada 21 Februari 2014. Semua pelajar Tingkatan 1 hadir  dalam program ini.