28 Jan 2014

Instrumen Pentaksiran Pusat PBS Menengah Rendah


Mulai 2014, pelajar Tingkatan 3 akan menjalani PPMR menggantikan PMR. Contohnya untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, para pelajar akan menduduki ujian lisan dan ujian bertulis. Bagi subjek matematik, sains dan lain-lain bahasa, pelajar akan  menduduki ujian bertulis. Bagi subjek yang lain, pelajar akan dikehendaki membuat tugasan daripada pelbagai instrumen yang ditetapkan. 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan di SINI untuk muat turun (download) bahan berkaitan.

Nota
Sesi taklimat PPMR kepada guru-guru sekolah ini telah diadakan pada 28 Jan 2014. Taklimat disampaikan oleh En Adli Teo (PK1) dan Pn Rozita Kamarudin (KB Bahasa).




25 Jan 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Majlis ini telah berlangsung pada 24 Januari 2014. Majlis bermula dengan perarakan warga sekolah dari dataran perhimpunan ke dewan besar diiringi oleh paluan kompang dan bacaan selawat. Majlis diserikan dengan kehadiran Imam Muda Fatah menerusi slot takzirah. Majlis berakhir dengan persembahan nasyid daripada pelajar.

Imam Muda Fatah  bersama Tuan Pengetua

22 Jan 2014

Pengagihan Wang RM 100 Bantuan Awal Persekolahan 2014

Pengagihan wang tersebut telah disempurnakan pada 22 Januari 2014. Semua pelajar telah menerima wang tersebut melalui guru kelas masing-masing. Pesanan kepada para pelajar, gunakanlah wang tersebut secara bijaksana.


Wajah Pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2013


3 Jan 2014

Program Orientasi Ting 1 dan 4

Program ini telah dijalankan pada 2 dan 3 Januari 2014. Para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, persekitaran sekolah serta pemilihan subjek.