22 Okt 2013

Karnival Sukan & Permainan - Sambutan TMS 100 Tahun

Pelbagai aktiviti sukan dan permainan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun TMS yang akan bermula pada Bulan Januari 2014. Antaranya ialah Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring khusus untuk Veteran dan juga kanak-kanak, yang akan berlangsung pada Mac 2014. Hadiah-hadiah menarik disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik page TMS 100 TAHUN diatas.

17 Okt 2013

Seminar Kecemerlangan Subjek Sejarah Ting 6

Seminar ini telah diadakan pada 5 Oktober 2013. Pelajar telah diberi pendedahan tentang isi kandungan subjek ini dan cara pelaksanaannya. Semua pelajar Tingkatan 6 hadir dalam program ini.


Bacaan Yassin & Solat Hajat PMR, SPM, dan STPM

Majlis Bacaan Yassin dan  Solat Hajat bagi calon PMR, SPM dan STPM ini telah diadakan pada 27 September 2013. Program ini telah dihadiri oleh pelajar, guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa pelajar. Majlis ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.