28 Sep 2013

Jamuan Perpisahan Pelajar Pra-U Sesi 2012/2013

Jamuan telah diadakan pada 23 September 2013 bertempat di Dewan Tuanku Jaafar, SMK Tuanku Muhammad. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Kumpulan Pengurusan dan guru-guru Tingkatan 6.


25 Sep 2013

Sambutan Bulan Patriotisme dan Bulan Bahasa 2013

Sambutan program ini telah diadakan pada 20 Ogos sehingga 11 September 2013. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pengibaran Jalur Gemilang, Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Pameran Galeri Sejarah, Pertandingan Melukis Logo, Pertandingan Sudut Info Kemerdekaan, Kuiz Sejarah, Pertandingan Buku Skrap, Sukan Rakyat dan permainan dalaman.
     Antara aktiviti yang disediakan untuk Bulan Bahasa dan Sastera pula ialah pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syair, mencari harta Qarun, dan kuiz bahasa. Pertandingan ini dikelolakan oleh panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sastera, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Jepun.
    Upacara perasmian dan penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Tuanku Muhammad, Tn Mustaffa Bin Mohamed.

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua SMKTM (Tn Mustaffa B Mohamed)
 

21 Sep 2013

Program Perkhemahan "Sekolahku Sayang"

Seramai hampir 60 pelajar sekolah ini  telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program ini yang  bermula pada 20 hingga 22 September 2013. Lokasi perkhemahan bertempat di padang sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kem motivasi, gotong-royong, kembara burung hantu dan kem ibadah. Setiap kumpulan pelajar juga dikehendaki memasak sendiri sarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
    Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bersikap positif, rajin, beriman, jujur, bekerjasana, menghormati orang lain di samping dapat memupuk sikap sayang akan diri sendiri, ibu bapa, keluarga,  guru-guru dan sekolah. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En. Adli Teo, PK1 smktms. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.

Taklimat awal
Aktiviti motivasi
Tuan Pengetua hadir sama memberi sokongan
Menyiapkan hidangan minum malam
Penyediaan sarapan pagi
Aktiviti persembahan kumpulan
Antara penggerak utama program perkhemahan
Majlis penyampaian hadiah




18 Sep 2013

Perayaan 100 tahun TMS

TMS akan berusia 100 tahun pada tahun 2014.  Pelbagai acara akan berlangsung bermula Januari sehingga Mei 2014.

Ciptaan Fatin Syazwani Mohd Nizam - Ting 2 Ibnu Khaldun