31 Dis 2013

LDP 1 2014

Penceramah : En Adli Teo, En Mazri dan Pn Rohana Ahmad
Tarikh : 31 Disember 2013
Tajuk : RPH, PBS , Pengurusan Kelas dan Pengurusan Kokurikulum


Pendaftaran Tingkatan 1 (2014)

Selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar..



6 Nov 2013

Gotong-royong Kelab & Persatuan SMKTM

Aktiviti ini telah berlangsung pada 6 Nov 2013 yang melibatkan semua kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah ini. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 1,2, dan 4. Program yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.30 pagi ini melibatkan pelbagai lokasi yang telah ditetapkan.



22 Okt 2013

Karnival Sukan & Permainan - Sambutan TMS 100 Tahun

Pelbagai aktiviti sukan dan permainan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun TMS yang akan bermula pada Bulan Januari 2014. Antaranya ialah Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring khusus untuk Veteran dan juga kanak-kanak, yang akan berlangsung pada Mac 2014. Hadiah-hadiah menarik disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik page TMS 100 TAHUN diatas.

17 Okt 2013

Seminar Kecemerlangan Subjek Sejarah Ting 6

Seminar ini telah diadakan pada 5 Oktober 2013. Pelajar telah diberi pendedahan tentang isi kandungan subjek ini dan cara pelaksanaannya. Semua pelajar Tingkatan 6 hadir dalam program ini.


Bacaan Yassin & Solat Hajat PMR, SPM, dan STPM

Majlis Bacaan Yassin dan  Solat Hajat bagi calon PMR, SPM dan STPM ini telah diadakan pada 27 September 2013. Program ini telah dihadiri oleh pelajar, guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa pelajar. Majlis ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


28 Sep 2013

Jamuan Perpisahan Pelajar Pra-U Sesi 2012/2013

Jamuan telah diadakan pada 23 September 2013 bertempat di Dewan Tuanku Jaafar, SMK Tuanku Muhammad. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Kumpulan Pengurusan dan guru-guru Tingkatan 6.


25 Sep 2013

Sambutan Bulan Patriotisme dan Bulan Bahasa 2013

Sambutan program ini telah diadakan pada 20 Ogos sehingga 11 September 2013. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pengibaran Jalur Gemilang, Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Pameran Galeri Sejarah, Pertandingan Melukis Logo, Pertandingan Sudut Info Kemerdekaan, Kuiz Sejarah, Pertandingan Buku Skrap, Sukan Rakyat dan permainan dalaman.
     Antara aktiviti yang disediakan untuk Bulan Bahasa dan Sastera pula ialah pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syair, mencari harta Qarun, dan kuiz bahasa. Pertandingan ini dikelolakan oleh panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sastera, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Jepun.
    Upacara perasmian dan penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Tuanku Muhammad, Tn Mustaffa Bin Mohamed.

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua SMKTM (Tn Mustaffa B Mohamed)